Aspek tingkah laku seks manusia Kegiatan_seks_manusia

Lingkungan

Perlakuan seks adalah istilah yang luas. Ia merangkumi kedua tabiat biasa dan luar biasa, dan merangkumi tabiat seks yang luas dari hubungan perkahwinan kepada penderaan seksual. Sungguhpun dalam kebanyakan kes tabiat seks dikaitkan ke arah atau dalam hubungan intim, ia tidak semestinya sedemikian dan kebanyakan tabiat seksual tidak begitu.

Keseksualan dan hawa nafsu

Tidak terdapat batas yang jelas antara keseronokan seks dan bukan seks terhadap penyentuhan atau penyambaran badan orang yang lain. Misalnya, berpegangan tangan mungkin atau tidak mungkin mempunyai konotasi seks, bergantung kepada kebudayaan, keadaan, dan faktor-faktor yang lain. Sungguhpun bentuk persetubuhan heteroseks yang paling umum dianggap secara sejagat sebagai hubungan seks, terdapat berbagai-bagai tabiat seks yang mungkin atau tidak mungkin merupakan hubungan seks dari segi sosial, undang-undang, atau etika. Perbezaan antara seks dan bukan seks menjadi relevan dalam pertimbangan tabiat yang wajar dari segi sosial atau undang-undang.

Sebilangan kriteria yang mungkin digunakan ialah:

Menikmati penyentuhan badan orang lain membayangkan menikmati badan sendiri juga; yang kedua ini mungkin boleh berlaku tanpa sebarang kehadiran orang lain, dan mungkin bersifat seks mahupun tidak. Jika ia bersifat seks, ia dirujuk sebagai autoerotisisme.

Keseluruhan kegiatan seks seseorang (termasuk mimpi erotik, serta fantasi dan angan-angan seks) disebut kehidupan seks seseorang.

Bau dan kebangkitan nafsu berahi

Feromon bertindak untuk membangkitkan nafsu berahi lelaki dan perempuan terhadap orang lain.

Hubungan seks

Pendapat dan norma berbeza-beza tentang persoalan adakah ikatan emosi pada takat yang mendalam serta takat yang tahan lama harus merupakan prasyarat untuk persetubuhan (sila lihat di bawah).

Seperti dengan primat-primat yang lain, Homo sapiens mempergunakan keseksualan untuk membiak dan mengekalkan ikatan-ikatan sosial. Kanak-kanak dipercayai secara meluas sebagai berupaya untuk merasai keseronokan seks, sungguhpun mereka masih tidak berupaya untuk bersetubuh, dan/atau masih belum berupaya untuk membiak dari segi biologi. Walaupun demikian, keseksualan kanak-kanak secara sejarah amat terhad di dalam masyarakat-masyarakat barat; pada lewat abad ke-19, histeria yang menyelubungi apa yang dipanggil "penderaan diri" (pelancapan) antara kanak-kanak mencapai kemuncaknya dan menyebabkan pengamalan pengkhatanan yang meluas di Amerika Syarikat.[1].

Banyak kegiatan seks boleh dilakukan, baik oleh pasangan sama jantina mahupun tidak sama. Bagaimanapun sebilangannya, khususnya persetubuhan faraj hanya boleh dilakukan antara pasangan yang tidak sama jantina, manakala kegiatan seks yang lain (seperti tribadisme dan frot) hanya boleh dilakukan antara pasangan sama jantina.

Aspek kebudayaan

Seperti dengan tingkah laku yang lain, kecerdasan manusia yang tinggi serta masyarakat yang rumit telah menghasilkan tingkah laku seks yang paling rumit antara mana-mana satu haiwan. Kebanyakan orang menguji kaji berbagai-bagai kegiatan seks walaupun mereka cenderung melakukan hanya beberapa jenis kegiatan secara tetap. Kebanyakan orang suka akan sebilangan jenis kegiatan seks. Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat telah menetapkan sebilangan jenis kegiatan seks sebagai tidak wajar (salah orang, salah kegiatan, salah tempat, salah masa, dan sebagainya). Sesetengah orang suka akan banyak jenis kegiatan seks yang berbeza, sedangkan yang lain mengelakkannya sama sekali atas alasan agama atau alasan-alasan yang lain (sila lihat kesucian, penahanan diri daripada kegiatan seks, keaseksualan). Dari segi sejarah, sebilangan masyarakat dan agama memperlihatkan seks sebagai wajar hanya dalam perkahwinan. Masih terdapat kepercayaan yang meluas bahawa kegiatan seks diturunkan nilainya apabila dilakukan di luar hubungan cinta monogami jangka panjang, tetapi kegiatan seks di luar nikah dan seks sembarangan telah beransur-ansur diterima di dalam masyarakat moden semasa revolusi seks.

Norma dan peraturan sosial

Rencana utama: Norma sosial

Tingkah laku seks manusia, seperti dengan banyak jenis kegiatan manusia yang lain, secara ammya tertakluk kepada peraturan-peraturan sosial yang berkebudayaan khusus dan amat berbeza (sila lihat prinsip moral seks, norma seks).

Sesetengah kegiatan adalah haram di sebilangan bidang kuasa, termasuk juga kegiatan yang dilakukan atas persetujuan orang-orang dewasa (sila lihat jenayah seks, undang-undang liwat, inses). Kajian-kajian saintifik menunjukkan bahawa fantasi seks, termasuk juga minat-minat yang luar biasa, biasanya dianggap sebagai suatu kegiatan yang sihat.

Sesetengah orang melibatkan diri dalam berbagai-bagai kegiatan seks sebagai suatu urus niaga. Apabila ini melibatkan persetubuhan atau perbuatan seks sebenar yang tertentu untuk orang yang lain, ia dipanggil pelacuran. Aspek-aspek lain untuk industri dewasa termasuk operator seks telefon, kelab bogel, penari erotik, dan sebagainya.

Hampir semua masyarakat maju menganggap pemaksaan orang lain untuk melakukan kegiatan seks sebagai suatu jenayah yang serius. Ini dipanggil serangan seks, dan jika penembusan seks berlaku, ini disebut rogol dan merupakan serangan seks yang paling serius. Perincian tentang perbezaan ini berbeza-beza antara bidang kuasa yang tidak sama. Apa yang merupakan persetujuan yang berkesan juga amat berbeza dari satu kebudayaan ke satu kebudayaan yang lain, dan sering diperdebatkan. Khususnya, undang-undang yang mengawal apa yang merupakan persetujuan, termasuk cukup umur, seringnya merupakan topik perdebatan politik dan moral (sila lihat cukup umur).

Jenis hubungan

Pasangan seks boleh merangkumi banyak jenis, termasuk:

Mana-mana satu in boleh mengambil bentuk tersurat atau tersirat, jujur atau mengelabui mata, dan boleh melibatkan kesetiaan ataupun tidak.

Kegiatan seks juga boleh dilakukan tanpa pasangan, atau dalam sebilangan kes, tanpa pasangan mengetahui: